Jika anda sedang mencari tukang kayu yang berpengalaman dan menghasilkan kerja tangan yang berkualiti atau anda sedang mengimpikan perabut kayu idaman anda , Furnitura adalah pilihan tepat anda.
Menerima tempahan Rekabina Perabut
Sesetengah daripada perabut kayu dari hasil ciptaan kami adalah direkabina sendiri oleh para pelanggan kami berdasarkan kepada kehendak dan idea mereka.Ia telah direka dengan begitu baik sekali. Itulah hasilnya yang akan anda dapatkan seperti yang anda mahu dengan kerja tangan dan rekaan yang berkualiti.
Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.
Perabut Pejabat
Furnitura adalah syarikat pengeluar perabut bumiputera yang telah terlibat lebih dari 17 tahun dalam perniagaan perabut dan kini kami memperluaskan pasaran kami melalui medium dunia baru iaitu melalui internet.
Kami telah berusaha dengan sedaya upaya untuk menjadi pengeluar perabut khususnya dalam bidang perabut pejabat dan rumah. Sebagai pengeluar perabut malaysia, kami cuba untuk memberi nafas dan idea baru kepada rekaan bentuk perabut kami.
Kami berbangga untuk menghasilkannya sekaligus menawarkan pelanggan kami produk yang penuh bergaya,moden dan unik serta cuba untuk membawakan pandangan dan persepsi yang berbeza terhadap perabut keluaran malaysia yang sedia ada. Furnitura adalah pengeluar bagi perabut pejabat untuk ruang kerja, meja mesyuarat, kerusi pejabat, meja komputer, rak hiasan, keluli tahan karat, perabut industri dan kelengkapan makmal serta rekabina.
Produk kami direka dengan penuh teliti dengan kombinasi hasil kerja dan bahan bermutu untuk pelanggan yang pentingkan kualiti. Sama ada anda hanya menginginkan satu kerusi pejabat sahaja atau memerlukan 100 unit meja komputer, kami mempunyai penyelesaiannya. Hanya hubungi kami untuk dapatkan khidmat perbincangan secara percuma.
Produk Perabut Rumah
Furnitura juga mengambil langkah berdaya saing untuk memperluaskan pasaran bagi pengeluaran barangan perabut rumah seperti kabinet tv, rak hiasan, kabinet dapur, meja kopi,meja makan, dan kabinet simpanan.
Perabut Industri
Kami mempunyai pelbagai pilihan bagi perabut industri, perabut untuk kerja kayu, perabut untuk Industri automotif dan perabut industri aksesori bagi memenuhi permintaan tinggi dalam bidang industri.
Pengeluar Perabut Makmal
Membekalkan perabut untuk industri makmal di seluruh malaysia. pusat penyelidikan, Institusi universiti,sekolah dan hospital. Produk kami termasuklah meja makmal, almari, meja kerja,
panel perkhidmatan, dan modul teknikal.